Solat Jemaah

Apakah hukumnya berdoa dan berzikir secara beramai-ramai selepas solat fardhu yang lazim dilakukan di masjid-masjid dan surau?

Zikir kepada Allah swt serta selawat ke atas Baginda Rasulullah saw seharusnya mendatangkan keinsafan, membina keimanan, memurnikan kerohanian dan mencantikkan perwatakan Muslim.
Berzikir tidak mempunyai tempat dan masa yang tertentu, walaupun umumnya terdapat kelebihan pada sebahagian tempat di dalam Islam seperti masjid, atau masa, seperti hari Jumaat.
Berzikir juga boleh dilakukan bersendiri atau di dalam satu kumpulan. Ini seperti yang dikhabarkan oleh Baginda Rasulullah saw di dalam hadis sahih riwayat Imam Al-Bukhari, Imam Muslim, Imam At-Tirmidhi dan lain-lain perawi hadis seperti yang dikumpulkan oleh Imam An-Nawawi pada bab 'Kelebihan Berkumpulan Untuk Berzikir' dalam kitabnya Riyadh As-Salihin.
Sunnah Baginda Rasulullah saw menunjukkan bahawa amalan berzikir secara berkumpulan tidak dilarang, selagi mana adab-adabnya terjaga dan tujuannya mengikut panduan syariat, maka ia

Bolehkah orang lelaki yang menindik telinganya menjadi imam dalam solat berjemaah?

Orang lelaki dilarang dari menindik telinga mereka, samada satu telinga sahaja, atau kedua-duanya sekali. Ini adalah kerana perbuatan tersebut menyerupai kaum wanita, dan ini dilarang keras dalam Islam. Sesiapa yang melakukannyat telah melakukan dosa dan jika ia berterusan, orang itu dianggap fasiq dan tidak layak mengimamkan solat.
Sebaik-baiknya bagi orang yang menindik telinganya agar membuka tindik tersebut, dan bertaubat kepada Allah s.w.t, sebelum menjadi imam bagi solat.

Perlukah makmum mengikut segala gerakan fizikal dan sebutan?

Seorang makmum harus mengikut segala gerakan fizikal imamnya kecuali bacaan doa. Bagi doa dan Surah Al-Fatihah, adalah wajib bagi makmum untuk membacanya sendiri.

Sah atau tidak solatnya orang yang berimamkan seseorang yang sedang solat qadha'?

Tidak sah orang yang ikut solat berjemaah pada imam yang melakukan solat qadha' sedangkan dia lakukan solat tunai. Dalam keadaan demikian, si imam perlu maklumkan kepada makmum tersebut bahawa dia tidak boleh ikut jemaah. Caranya adalah dengan menurunkan tangan kanannya sebagai isyarat.

Ketika mengerjakan solat fardhu berseorangan tiba-tiba ada yang memulakan solat jemaah, wajibkah membatalkan solat untuk mengikuti jemaah tersebut?

Solat berjemaah adalah sunnah yang digalakkan kerana pahala yang diperolehi bagi mereka yang solat berjemaah adalah berkali-ganda daripada solat bersendirian.

Sekiranya anda sedang menunaikan solat, maka solat tersebut diteruskan sahaja kerana ia tidak terbatal hanya kerana orang lain solat berjemaah.

Jika di masjid telah bermula solat fardhu berjemaah sedang seseorang itu baru sahaja masuk masjid, bagaimana dengan solat tahiyatul masjid?

Jika telah bermula solat jemaah, maka wajib ikut solat jemaah tersebut dan tidak perlu kerjakan solat sunat Tahiyatul Masjid.

Apakah hukumnya wanita berimamkan lelaki yang bukan mahramnya?

Tiada salah bagi wanita untuk mengikut imam dalam solat yang bukan mahramnya. Tetapi harus diingatkan bahawa jika solat itu dilakukan dalam keadaan jemaah yang besar seperti di dalam masjid, maka dibolehkan. Tetapi jika dibuat bersama di dalam sebuah bilik contohnya, sesungguhnya tidak dibenarkan kerana ia akan menimbulkan fitnah. Dan kita hendaklah menjauhkan diri kita dari fitnah.