Selawat Badawi


Hijjaz - Selawat Badawi - Hijjaz

اللهم صلِّ وسلِّم وبارِك على سيدنا ومولانا محمدٍ شَجَرَةِ الأصل النُّوْرَانِيَّةِ، ولَمْعَةِ القَبْضَةِ الرَّحْمَانِيَّةِ، وأفضل الخلِيْقَةِ الإنْسانِيَّةِ، وأشْرَفِ الصُّوْرَةِ الجِسْمَانِيَّةِ، ومَعْدِنِ الأسْرَارِ الرَّبَّانِيَّةِ، وخزائِنِ العلومِ الإِصْطَفَائِيَّةِ.

صاحِبِ القَبْضَةِ الأصْلِيَّةِ، والبَهْجَةِ السَّنِيَّةِ، والرُّتْبَةِ العلِيّة، مَنِ انْدَرَجَت النبيون تحت لِوَائِهِ، فهم منه وإليه، وصلِّ وسلِّم وبارك عليه وعلى آله وصحبه عدد ما خَلَقْتَ ورَزَقْتَ وأمَتَّ وأحْيَيْتَ إلى يوم تُبْعَثُ مَنْ أفْنَيْتَ، وسلِّمْ تسليماً كثيرًا، والحمد لله رب العالمين.

Ya Allah limpahkanlah rahmat, keselamatan dan keberkahan kepada junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w., sebagai sumber cahaya, sebagai genggaman kesayangan yang berkilauan, sebagai manusia yang paling utama, semulia-semulia jasad, sumber galian rahsia ketuhanan dan khazanah ilmu-ilmu yang terpilih dan suci.

Pemilik genggaman yang asli, yang gemilang dan kedudukan yang tinggi di mana kenabian berlangsung di bawah panjinya. Maka mereka adalah di bawah perintahnya. Rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan dan keberkatan ke atasnya, ahli keluarganya dan para sahabatnya sebanyak bilangan barang apa yang telah Engkau ciptakan, yang Engkau kurniakan rezeki, yang Engkau matikan dan hidupkan hinggalah ke hari di mana Engkau bangkitkan orang yang telah Engkau matikan. Kurniakanlah kesejahteraan ke atasnya dengan kesejahteraan yang sebanyak-banyaknya dan segala pujian milik Allah tuhan sekalian alam.

Selawat ini digubah oleh Wali Qutub Sayyid Ahmad Idris Al-Badawi qaddasallah sirruhu.

Fadhilatnya :

1. Menghindar dari sihir dan segala kejahatan zahir dan batin. Bacalah selawat ini 3x setiap kali selepas solat fardhu dan 7x setiap mau tidur.

2. Mendapat kedudukan tinggi dengan riyadah selawat ini.

Puasa 3 hari mulai Selasa, Rabu, Khamis.

Selama puasa baca selawat ini 21x setiap kali selesai solat fardhu. Disertai niat memohon pertolongan dari Allah Taala agar dikokohkan kedudukan dan mendapat rezeki yang halal.

Selesai berpuasa amalkan selawat ini 7x setiap hari sebagai amalan harian.

3. Menurut Syed Ahmad Zaini Dahlan barangsiapa melazimi membaca selawat ini akan mendapat cahaya batin dan terbuka beberapa rahsia yang ghaib. (yakni mengetahui hakikat disebalik peristiwa kejadian-penulis.)

Wallahu a’lam.


Sumber :

1. K.H. Habib Syarief Muhammad Alaydarus. 135 Shalawat Nabi Keutamaan Tatacara & Khasiatnya. Bandung, Indonesia: Pustaka Hidayah, 2007.

2. Saad Qadhi. Al-Arief Billah Sayyidi Ahmad Al-Badawi. Kaherah, Mesir: Dar Qharib, 2001.

3. Drs. Hanafi Mohamed. 99 Selawat Nabi s.a.w. Fadhilat & Khasiatnya. Kuala Lumpur, Malaysia: Darul Nu’man, 1994.

4. Dadang Sobar Ali & Drs. Maman Abd. Djaliel. 100 Shalawat Nabi Paling Berkhasiat. Bandung, Indonesia: CV Pustaka Setia, 2007.