Selawat Ibrahimiyah


اللّهُمَّ صّلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ
اللهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيْمَ
إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

“Ya, Allah curahkanlah shalawat kepada Nabi Muhammad dan keluarganya, sebagaimana Engkau telah curahkan shalawat kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, curahkanlah barakah kepada Nabi Muhammad dan keluarganya, sebagaimana Engkau telah curahkan barakah kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.” (HR. Al Bukhari dan Muslim)


Berkata setengah ulama sesiapa membaca selawat ini 1000 kali Insya Allah dia akan bertemu Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam di dalam tidurnya. Dan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sesiapa yang membaca selawat ini nescaya aku saksikan baginya di hari qiamat dengan pengakuan dan aku beri syafaat baginya."


Lafaz selawat ini sebagus-bagus dan selengkap-lengkap dan sempurna-sempurna lafaz ke atas junjungan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Sebab itu selawat ini ditentukan bacaannya di dalam sembahyang.

Fadhilatnya:-
  1. Menurut Ahmad As-Shawi, barangsiapa membaca selawat ini akan mendapat syafaat dan pertolongan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam di hari qiamat.
  2. Mendapat pahala yang besar kerana selawat ini tergolong sebagai selawat utama.